Discover posts

Explore captivating content and diverse perspectives on our Discover page. Uncover fresh ideas and engage in meaningful conversations

Tahniah Kepada PM Anwar Ibrahim Atas Anugerah 'El Sol del Peru' di Peru

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menerima anugerah berprestij ‘El Sol del Peru’ daripada kerajaan Peru semasa lawatan rasmi sulung beliau ke Amerika Latin. Penganugerahan ini merupakan satu penghormatan besar yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin yang memberi sumbangan bermakna kepada hubungan diplomatik dan ekonomi antarabangsa.

Lawatan rasmi ini turut merangkumi penyertaan PM Anwar dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 yang akan diadakan dari 14 hingga 16 November. Duta Besar Malaysia ke Peru, Ahmad Irham Ikmal Hisham, menyatakan bahawa lawatan bersejarah ini berpotensi untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru.

Penganugerahan 'El Sol del Peru' ini bukan sahaja mengiktiraf komitmen PM Anwar dalam mengukuhkan diplomasi Malaysia di persada dunia tetapi juga mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh Peru terhadap Malaysia. Tahniah diucapkan kepada PM Anwar Ibrahim atas pencapaian ini.

image

Tahniah dan Kebanggaan Atas Kejayaan PROTON di Mesir

Kejayaan PROTON untuk mula memasang model PROTON Saga secara tempatan di Mesir mulai Disember ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Langkah ini melambangkan kepercayaan serta hubungan persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Mesir, yang telah terjalin sekian lama.

Usaha ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan PROTON sebagai jenama automotif Malaysia yang unggul di peringkat antarabangsa, tetapi turut membawa nama Malaysia ke persada dunia. Seperti yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, projek ini diharapkan dapat membuka peluang yang lebih luas ke pasaran Afrika Utara, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan kongsi strategik di rantau tersebut.

Tahniah PROTON atas langkah besar ini, dan semoga kejayaan demi kejayaan terus dicapai di pentas global!

image

Malaysia telah menggunakan sepenuhnya pentas Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam bagi melonjak ketegasan negara mengenai keadilan serta kekejaman rejim biadab Zionis. 

Saya menuntut masyarakat antarabangsa bertindak dengan pantas dan tegas, tatkala kekejaman Israel yang bertindak di luar batas akal dan  kemanusiaan telah pun merebak ke Lubnan, Yaman, Syria, Iraq, dan Iran.

Demi kemanusiaan dan keamanan sejagat, seluruh umat manusia harus bangkit menuntut keadilan, dan kekal teguh di jalur keamanan demi generasi sekarang dan yang akan datang. 

𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺

#malaysiamadani

image

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada jaminan perlindungan terhadap pendedah maklumat dalam dakwaan skandal rasuah di Sabah jika dia pemberi rasuah.

Ketika ditanya mengenai skandal ADUN Sabah itu, Anwar menjelaskan perlindungan kepada pendedah maklumat hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar bersih dan tidak terbabit rasuah.

Dalam surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini, pendedah maklumat itu mengakui dia telah memberi rasuah kepada para ADUN berkenaan.

image

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional.

Baginda bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar, malah mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.

image

Dengan pelantikan
Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa mulai 12 November, diharap kes-kes 3R yang babitkan Hadi, yang telah lengkap siasatan oleh pihak polis diteruskan kembali.

Kertas siasatan 3R terhadap Hadi sudah diserah ke Pejabat Peguam Negara - KPN (Julai 18, 2023)

Kertas siasatan 3R terhadap Hadi dihantar ke AGC - KPN (September 7, 2023)

image

𝗔𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵

Perdana Menteri Malaysia yang pertama menyampaikan Ucaptama di Universiti Al Azhar di hadapan ramai tokoh ulama dan ilmuwan terkemuka dunia.

Sebagai rakyat Malaysia, kami turut berbangga dengan pencapaian ini.
@anwaribrahim

Gambar diambil dari YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

image

image