Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional.
Baginda bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar, malah mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.
