Discover posts

Explore captivating content and diverse perspectives on our Discover page. Uncover fresh ideas and engage in meaningful conversations

Aku Halalkan Duit Cukai Demi Kemajuan Negara

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, aku menghalalkan duit cukai yang dibayar, dengan harapan ia akan digunakan demi kemajuan negara. Di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), usaha untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik sedang giat dijalankan.

PMX komited dalam menghapuskan gejala rasuah yang telah lama membelenggu negara, serta memastikan pentadbiran yang telus dan bersih. Langkah ini bukan sahaja memberikan keyakinan kepada rakyat, tetapi juga menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita. Dengan kemasukan pelaburan asing, ekonomi negara akan berkembang, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.

Setiap sen cukai yang kita berikan bukan sekadar memenuhi kewajiban, tetapi ia adalah sumbangan untuk kemakmuran dan kemajuan bersama. Marilah kita terus menyokong inisiatif ini demi masa depan yang lebih baik untuk negara dan generasi akan datang.

image

FLYING_GHOST shared a post  
26 w

26 w

Artikel: Nasihat Sinis Buat Ahli Parlimen Pembangkang yang "Rajin" Menyebar Maklumat Tanpa Bukti

Di era digital ini, peranan seorang ahli parlimen, lebih-lebih lagi dalam kalangan pembangkang, amat penting dalam memastikan suara rakyat didengari. Namun, ada satu trend yang agak menarik perhatian, di mana sesetengah wakil rakyat memilih jalan mudah – mengambil maklumat daripada TikTok dan WhatsApp tanpa bukti kukuh. Adakah ini jalan untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, atau sekadar mengundang gelak tawa dari rakyat yang semakin bijak menilai?

Menjadi wakil rakyat memerlukan tanggungjawab yang tinggi dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih. Rakyat tidak lagi tertarik pada cerita yang disebarkan tanpa asas, apatah lagi dari aplikasi sosial yang diragui ketepatan maklumatnya. TikTok dan WhatsApp mungkin menjadi tempat utama untuk hiburan dan perbualan ringan, tetapi menjadikannya sumber maklumat politik tanpa verifikasi ibarat “cari penyakit” di medan perdebatan.

Bayangkan situasi di mana ahli parlimen berdiri tegak, berhujah di Dewan Rakyat dengan “bukti” yang diambil dari video TikTok berdurasi 15 saat atau mesej berantai WhatsApp. Ia bukan sahaja melemahkan kredibiliti mereka sendiri, tetapi juga menimbulkan persoalan besar tentang tahap keseriusan mereka dalam menjalankan amanah rakyat. Bukankah lebih elok jika sumber sahih seperti laporan rasmi, data kerajaan, atau kajian akademik digunakan? Atau mungkinkah sahabat kita di sana tidak tahu beza antara khabar angin dengan bukti konkrit?

Nasihat kepada ahli parlimen pembangkang yang terlalu “mudah percaya” ini – ingatlah, rakyat kini semakin celik maklumat. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai sumber dan mampu mengesahkan maklumat yang diterima. Apakah impaknya apabila seorang ahli parlimen kelihatan seperti “wartawan sensasi” yang hanya mencari perhatian melalui cerita yang belum tentu sahih? Akhirnya, mereka hanya dilihat sebagai “pemimpin ala-ala telenovela” yang penuh dengan drama, bukannya pemimpin yang disegani.

Justeru, demi kemaslahatan negara dan rakyat, berhentilah bergantung kepada maklumat-maklumat yang tidak jelas sumbernya. Sebaliknya, gunakanlah masa untuk menyelidik dan memastikan setiap kenyataan yang dikeluarkan mempunyai asas yang kukuh. Bukankah lebih manis jika kita dikenali sebagai ahli parlimen yang bijaksana, bukan sekadar ahli parlimen yang "viral"?

image

Dato Farhan Fauzi meraikan masyarakat India di kawasan sekitar Kuantan, Pahang dalam Majlis Penyampaian Baucer Jom Shopping Deepavali 2024 di Tunas Manja Group (TMG) Mall, Kuantan.

Baucer bernilai RM200 telah JUGA diagihkan kepada semua penerima sebagai persiapan membeli barang keperluan perayaan.

Semoga bantuan membawa keceriaan dan kemeriahan bagi sambutan perayaan Deepavali tahun ini.

#malaysiamadani

#anwaribrahim

KARMA - ironi dalam perjalanan politik Anwar Ibrahim dan Najib Razak.

Dulu, sekitar 2011 Anwar Ibrahim lantang memperjuangkan keadilan dan mendedahkan skandal kewangan terbesar negara, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MD. Ketika itu, ramai yang mempersendakannya, bahkan menganggapnya cuba memanipulasi situasi untuk kepentingan politik. Namun, masa telah membawa perubahan yang besar. Akibat dedahan Anwar dalam diam Najib rancang penjarakan Anwar dengan fitnah liwat 2.0.

Mereka yang pernah mentertawakannya kini dihadapkan dengan puluhan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, dengan hukuman penjara yang lama dan berpotensi bertambah lagi tukang² sakau masuk dalam. Ofcoz lah mereka beria halang Anwar jadi PM der!!

Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia, kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun atas sabitan kesalahan berkaitan 1MDB. Ironinya, Anwar Ibrahim pernah dituduh dengan pelbagai tuduhan kontroversi, termasuk kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari, yang dikatakan direka untuk menjatuhkannya secara politik. Tuduhan ini menghantui Anwar bertahun-tahun lamanya, membawa kepada pemenjaraan dan mencalarkan imejnya sebagai seorang pemimpin.

Situasi ini menimbulkan persoalan tentang karma atau hukum alam; apakah kebenaran akhirnya tertegak, walaupun memakan masa bertahun-tahun? Anwar kini telah bangkit sebagai Perdana Menteri, sementara Najib merasai getir hukuman atas skandal kewangan yang pernah dinafikannya. Hutang 1MDB dibuat Najib hanya habis dibayar pada 2039 .

Begitulah ironinya roda kehidupan politik – mereka yang dulu berada di puncak, kini menanggung akibat tindakan mereka sendiri. Dan kita sebagai rakyat, adakah adil menggunakan wang pembayar cukai yang bukan sedikit jumlahnya hanya untuk membayar hutang yang ntah apa apa tak ada manafaat pada kita? Itupun masih ramai memuja Najib bosku bosku, malu apa bosku!!

image

image
image
image
image

26 w - Facebook

Saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam bagi menyampaikan sumbangan serta kelengkapan Deepavali kepada saudari Joselyn Dewi dan keluarganya.

Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.

Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap Autisme.

Joselyn turut memaklumkan masalah beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan saya telah meminta saudara Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan ini sesegera mungkin.

#malaysiamadani

Facebook
https://www.facebook.com/share..../p/a56Jyt2iVN5nVzGH/

Instagram
https://www.instagram.com/p/DB....ySOy9TgN6/?igsh=MTMy

X
https://x.com/anwaribrahim/sta....tus/1851939293062926

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0....029VaJbBu79Bb61Q2kTA

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

Agak-agak ada tak yang dah 𝗦𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦?

Terkini 2 lagi telah ditahan SPRM kes babitkan Skandal Kartel Baja Padi NAFAS hari ini. So 3 orang telah ditahan setakat ini.

Betul ker Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS sekarang adalah adik beradik bekas Ex-PM 33 bulan dulu?

Dan betul ker Menteri Pertanian era PN dan AJP Nafas dulu hingga skrg juga ada dari Sabah?

image

indeed

image