KARMA - ironi dalam perjalanan politik Anwar Ibrahim dan Najib Razak.

Dulu, sekitar 2011 Anwar Ibrahim lantang memperjuangkan keadilan dan mendedahkan skandal kewangan terbesar negara, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MD. Ketika itu, ramai yang mempersendakannya, bahkan menganggapnya cuba memanipulasi situasi untuk kepentingan politik. Namun, masa telah membawa perubahan yang besar. Akibat dedahan Anwar dalam diam Najib rancang penjarakan Anwar dengan fitnah liwat 2.0.

Mereka yang pernah mentertawakannya kini dihadapkan dengan puluhan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, dengan hukuman penjara yang lama dan berpotensi bertambah lagi tukang² sakau masuk dalam. Ofcoz lah mereka beria halang Anwar jadi PM der!!

Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia, kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun atas sabitan kesalahan berkaitan 1MDB. Ironinya, Anwar Ibrahim pernah dituduh dengan pelbagai tuduhan kontroversi, termasuk kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari, yang dikatakan direka untuk menjatuhkannya secara politik. Tuduhan ini menghantui Anwar bertahun-tahun lamanya, membawa kepada pemenjaraan dan mencalarkan imejnya sebagai seorang pemimpin.

Situasi ini menimbulkan persoalan tentang karma atau hukum alam; apakah kebenaran akhirnya tertegak, walaupun memakan masa bertahun-tahun? Anwar kini telah bangkit sebagai Perdana Menteri, sementara Najib merasai getir hukuman atas skandal kewangan yang pernah dinafikannya. Hutang 1MDB dibuat Najib hanya habis dibayar pada 2039 .

Begitulah ironinya roda kehidupan politik – mereka yang dulu berada di puncak, kini menanggung akibat tindakan mereka sendiri. Dan kita sebagai rakyat, adakah adil menggunakan wang pembayar cukai yang bukan sedikit jumlahnya hanya untuk membayar hutang yang ntah apa apa tak ada manafaat pada kita? Itupun masih ramai memuja Najib bosku bosku, malu apa bosku!!

image