26 w - Facebook

Saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam bagi menyampaikan sumbangan serta kelengkapan Deepavali kepada saudari Joselyn Dewi dan keluarganya.

Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.

Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap Autisme.

Joselyn turut memaklumkan masalah beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan saya telah meminta saudara Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan ini sesegera mungkin.

#malaysiamadani

Facebook
https://www.facebook.com/share..../p/a56Jyt2iVN5nVzGH/

Instagram
https://www.instagram.com/p/DB....ySOy9TgN6/?igsh=MTMy

X
https://x.com/anwaribrahim/sta....tus/1851939293062926

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0....029VaJbBu79Bb61Q2kTA

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official