Alhamdulilah, selamat tiba di Lima, Peru bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC 2024.

Dalam persidangan ini, saya akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi selain memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua.

Selain APEC, saya juga dijadual mengadakan pertemuan bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra serta berinteraksi bersama komuniti perniagaan Malaysia dan Peru.

Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat.

#malaysiamadani
#apec2024

image