Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada jaminan perlindungan terhadap pendedah maklumat dalam dakwaan skandal rasuah di Sabah jika dia pemberi rasuah.

Ketika ditanya mengenai skandal ADUN Sabah itu, Anwar menjelaskan perlindungan kepada pendedah maklumat hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar bersih dan tidak terbabit rasuah.

Dalam surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini, pendedah maklumat itu mengakui dia telah memberi rasuah kepada para ADUN berkenaan.

image