Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran kepada kalangan yang dilihat memperdengarkan suara-suara yang tanpa segan silu mempersendakan institusi raja, di samping gemar mensensasikan isu agama dan kaum.
Baginda bertitah rakyat perlu disedarkan untuk menolak perbuatan pencerobohan budaya serta tingkah dan laku yang melanggar sempadan adab dan adat, tidak boleh dibenarkan menjadi warga yang turut tidak bertamadun, miskin adab - papa adat.
Sultan Nazrin bertitah demikian ketika berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul di Istana Iskandariah
