Subsidi bersasar ialah satu pendekatan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Berbanding subsidi pukal yang diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira taraf pendapatan, subsidi bersasar lebih efektif dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran seperti B40 dan M40.

Walaupun rancangan subsidi bersasar telah dirangka oleh kerajaan terdahulu, ia tidak dilaksanakan kerana pelbagai kekangan seperti cabaran politik dan kos implementasi yang tinggi. Kini, di era kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PMX), subsidi bersasar ini mula dilaksanakan dengan lebih berani. Langkah ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi serta memperkukuh kesejahteraan rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan, di samping memastikan penggunaan dana negara lebih cekap dan berkesan.

Pelaksanaan subsidi bersasar ini diharapkan dapat mengurangkan beban kerajaan dalam jangka panjang, sambil memastikan kesejahteraan rakyat terus terjaga.

image