SELAYANG: Bomba memindahkan 48 mangsa ke tempat selamat susulan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di Selayang akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.37 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

image