ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Khamis menyatakan kegembiraannya atas perbincangan produktif yang diadakan bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan Pakistan-Malaysia dalam bidang-bidang utama.
Bidang-bidang utama berkenaan termasuk perdagangan, teknologi maklumat (IT), tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan, dan pertahanan, lapor Associated Press of Pakistan (APP).
