Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya menyantuni masyarakat Kampung Chengal Lempung di Balairaya Chengal Lempung di Kuantan hari ini.

Kesempatan ini digunakan dengan turut melihat sekitar kawasan kampung yang bakal menikmati pembangunan hasil peruntukan sebanyak RM2.5 juta yang saya telah luluskan antaranya bagi memperkasa komuniti setempat, dengan memberi fokus kepada infrastruktur, pendidikan, dan kebajikan penduduk.

Turut yang bakal dibangunkan dan sedang dibina adalah Gelanggang Futsal Bertutup dan Bangunan Serba Guna Chengal Lempung.

Moga segala dirancang ini akan membawa perubahan positif dan manfaat yang berterusan kepada masyarakat setempat. Insya-Allah.

#malaysiamadani
#kampungangkatmadani