Sinar Harian
08 Oct 2024 54 pm
PUTRAJAYA - Malaysia akan memainkan peranan membawa ASEAN ke satu kedudukan yang lebih baik sepanjang tempoh menjadi Pengerusi ASEAN tahun hadapan, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan bermula hari ini di Vientiane, Laos dan akan menerima kepengerusian ASEAN secara rasmi pada 11 Oktober.

Iklan
Iklan
"Malaysia akan secara rasminya menerima kepengerusian ASEAN bagi tahun 2025 dan sudah pasti kepengerusian ASEAN ini bagi tahun 2025 adalah satu perkara yang cukup dinantikan.

"Malaysia akan mainkan peranan untuk pastikan ASEAN itu sendiri berada pada satu kedudukan yang lebih baik. Insya-Allah, kita harap dan menegaskan beberapa prinsip yang dipegang oleh ASEAN,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

image